Kumpulan yg kuat terdiri daripada pelbagai bakat & kelebihan di dalamnya.
Jadikan kumpulan kita mcm kedai runcit; di dalamnya ada mcm2, gula, garam, rempah ratus, bawang, bahan pencuci, keperluan diri & mcm2 lagi.
Atau,
Sebuah kumpulan mcm sebuah kapal. Jangan semua nak jadi nakhoda. Mesti ada chef, krew deck, krew enjin, bahagian pengurusan, pembaca arah tiupan angin & perjalanan bintang, cleaner & sebagainya.
Kumpulan yg hebat terdiri daripada variasi bakat & kelebihan.
Setiap org ada kelebihan tersendiri, gunakanlah kelebihannya untuk kepentingan jemaah. Kalau semua ahli anggota dalam jemaah menyumbangkan bakat di dalam program jemaah mengikut kelebihan masing2, maka akan semakin kuatlah jemaah tersebut. Natijahnya, program akan berjalan dengan lancar & menarik. Cantik Menarik Tertarik Kau Memang De Booom!
Tapi apa yg berlaku, kehebatan hanya dipandang dari sudut 'pidato' sahaja. Semakin pandai orang itu bercakap, maka dia akan dipandang tinggi. Tidaklah menjadi satu masalah, tetapi yg lebih menyedihkan bagi sebuah jemaah yg membuat gerakan dakwah, orang yg tak pandai bercakap hanya dipandang sebelah mata. Padahal ada kelebihan pada diri org tersebut yg tidak kita ketahui yg sebenarnya boleh memberi sumbangan yg sangat besar dalam program & gerakan dakwah jemaah.
Secara hakikatnya (jikalau berbicara pasal hakikat), banyak perbuat lebih baik dari banyak bercakap. Seorang yg pandai berbicara mmg perlu, tetapi tidak perlu semua. Kalau kita lihat dari sudut positif,ini juga merupakan latihan kepada ahli jemaah itu sendiri untuk mencuba suatu yg baru, belajar berani bersuara, tampil kehadapan, pandai berkomunikasi.Mmg tidak dapat dinafikan, ia merupakan latihan pembinaan karektor. Tetapi, ia bukan yg utama. yg lebih utama ialah kita koreksi, keluarkan & ketengahkan dahulu potensi yg sedia ada pada ahli jemaah itu. Kita lihat & perhatikan, lantas kita gunakan untuk kepentingan jemaah.
Tak kenal maka tak cinta. Tak cinta maka tak mesra. Tak mesra maka communication failed. Disini saya ingin katakan, kita buat secara berperingkat2 & slow n steady. Kita biarkan ahli biasakan diri dgn suasana. Sedikit sebanyak pasti ada perbualan. Lama kelamaan semakin lama semakin rapeh @ ghapeh (bhs Perancis yg bermaksud akrab & mesra). Bertepuk tampar. Lama kelamaan kita tahu dimana kekuatan & kelebihannya, maka tonjolkan dia melalui bakatnya. Biarkan itu berlaku. Secara otomatis, pasti dia padai berbicara dgn lantang & lancar.
Kita perlu tahu & faham tentang seseorang. Tidak semua orang dapat buat apa yg kita buat & tak semua apa yg org lain dapat buat, kita dapat buat. Bila kita sedari hakikat itu, kita akan menghormati antara satu sama lain. Barangkali timbul rasa segan pulak kita padanya walaupun dia kurang pandai dalam berpidato. Bila kita tidak menyedari hakikat itu, kita akan lihat kelemahan orang lain & merasa kita hebat. Padahal kita tak sedar skop dakwah kita masih terlalu cetek. Macam katak bawah tempurung.
Bila kita tidak sedar hakikat itu, skop dakwah kita terbatas, mad'u kita terbatas, metod dakwah pun terbatas. Tidak syumul & global. Tidak akan mencapai idea / tindakn di luar kotak. Jadi, kita akan jadi seperti ayam, terus berbangga dgn menjadi jagoh kampung.
Kita tidak mengambil iktibar dari kisah2 para nabi, para rasul & salafussoleh, tidak semua yg lancar dalam berbicara, & setiap mereka ada mukjizat, karamah, ma'unah & kelebihan yg tersendiri.
Secara kesimpulannya, buangkan persepsi bahawa, semua ahli jemaah mesti pandai bercakap. Itu adalah pandangan org yg kurang cerdik dalam proses dakwah yg akhirnya dakwahnya terbantut.
Tuesday, May 19, 2009
Tidak Semestinya Pandai Berbicara
Posted by The Almighty's Proxy at 3:05 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment