Bismillah...
Manjakan anak boleh menyusahkan anak itu sendiri bila dewasa kelak. Selalu disenang2kan, selalu dimudah2kan, dimewah2kan, kerja rumah sik diberik,... big chances untuk anak ya rasa susah & merana bila dah besar kelak. Dimewah2kan bukan semestinya kaya jak, maksudnya anak2 disenang2kan, kaya ndak juak.
Anak2 yang dimanjakan tidak mampu berdikari. Keadaannya sik sama dengan anak yang dididik dengan rasa susah. Anak2 yang biasa disusah2kan sepanjang pembesarannya (dengan kasih sayang) akan mampu berdikari & boleh diharap oleh masyarakat. Jiwanya lebih kental. Mentalnya tahan terhadap cercaan & tekanan kerna sudah pernah mengalami. Pengalamnnya melangkaui daripada mereka yang sebaya dgnnya. Badannya pun lebih kuat.
Ibuayah yang kurang bijak akan hanya menyenangkan anaknya, dengan pelbagai alasan yg juga kurang bijak seperti; "iboh geraknya bangun subuh lok masa tok, sik cukp tdo nya kelak", nenek berkata, "eehh...tandah jak tapak di sia, kelak nenek basuh" hanya kerana terhutang budi dgn anak atau menantunya kerana duduk di rumahnya tidak berbayar, dsb. Kain baju pun disesah orang tua dari kecik sampe k besar.
Si ayah pula sik pandai meletakkan dimana ketegasan. Apa yang perlu ditegas, apa yg tidak perlu ditegas, si ayah tak tahu. Tegas & garang membuta tuli. Sepatutnya, diantara perkara yang mesti ditegaskan ialah, solat 5 waktu & belajar. Itu yang patut diutamakan. Bukan perkara yang tidak perlu diutamakan, diutamakan.
Letakkan ketegasan kepada perkara yang sesuai. Cth, hanya kerana anaknya banyak bergerak menggaru hidung ketika solat, dah mula nak fly tangan. Batal solat jemaah. Ya silap. Beriklah nasihat, kalau marah pun jgn fly tgn untuk perkara kedak ya. Mun nya nyumpah kita lain crita. Anak-anak sik pernah dididik dengan rotan atau sebagainya, tapi bila dpt tahu ada berlaku perkara yg tidak diingini spt anak bercumbu dengan kekasihnya, dibelasahnya anaknya cukup2, sampai berbalat-balat badan. Ya silap. Didikan sikda, tapi hukuman ada, memang sik adil.
Kita boleh perhatikan, memang terdapat perbezaan yang ketara antara anak2 yang disenang2kan & anak2 yang disusah2kan. Kalau kita perhatikan anak2 yatim, mereka tidak berayah, bagi anak yatim piatu, mereka tiada ibu & ayah. Mereka liar & nakal kerana tiada sentuhan kasih sayang & didikan ibu & ayahnya. Bukan bermakna mahu anak kt jadi liar & nakal, tetapi menjurus ke arah berani, berani bersuara & berani bertindak. Tidakkah kita mahu anak kita begitu? Bukanlah bermakna kita perlu mati dahulu spy ank kita jadi anak yatim, tetapi bagaimana utk memberanikan anak kita dengan ke ada an kita disampingnya. Tidak perlu kita mati, tetapi perlukan didikan. Supaya sifat beraninya wujud dlm dirinya & terkawal.
Anak2 yang biasa dimarah (dimarah krn buat silap yg boleh membahayakan diri & org lain), ditegur (krn buat silap), dipukul (dipukul krn buat silap yg boleh membahayakan diri & org lain, pukulan mendidik), dinasihat (krn berbuat kesilapan biasa) akan membentuk seorang individu yang kuat mental & jiwanya nya, tidak mudah sensitif, tidak mudah menyerah kalah & berani berhadapan dengan risiko. Anak2 yg tidak pernah dipukul & dimarah akan menjadikan akan itu degil, tidak mahu terima kritikan & kesalahan dirinya. Jika dipukul oleh cikgu, dia mudah marah & memberontak.. bila dihukum, dia mudah ambil hati & terasa, bila bergaduh dgn orang diluar, dia mudah menangis, kalau jadi pergaduhan, macam naik hantu, mcm kena rasuk.
*Marah & pukul disini bermaksud marah & pukul yg mendidik, bukan krn dorongan nafsu.
Disamping itu, jgnlah kita tidak seimbang. Pujilah apa yg patut, didiklah dgn kasih sayang, berilah pelukan mesra, sekali sekala berilah hadiah sbg ganjaran. Supaya anak2 jd lebih bersemangat.
Kesimpulannya, jgn manjakan anak. Susahkan anak jika mahu mereka jadi orang yang berguna suatu hari kelak.
Friday, May 15, 2009
Jangan Manjakan Anak
Posted by The Almighty's Proxy at 9:27 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment