Friday, May 15, 2009

The Power of Ikhlas 2

Wahai kawan2ku,

Apakah engkau fikir ikhlas hanya pada perbuatan?
Tidak, keperluan ikhlas adalah pada semua hal,
Bercakap mesti ikhlas,
Melihat mesti ikhlas,
Diam mesti ikhlas,
Berfikir mesti ikhlas,
Duduk berdiri baring mesti ikhlas,
Memberi idea mesti ikhlas, semuanya ikhlas. Ikhlah belako...

Mu buak semua hok tu, mesti ikhlah,
Maksudnyo, mu buak hok semua tu, kerana Allah, untuk mencapai mardhatillah,

Cheymen, kecek kelate tuuuuu....make budu! make budu!

ehem. Wahai kawan2ku..
Sesungguhnya ikhlas itu adalah rahsia daripada rahsia keTuhanan,
Walaupun kita sebagai makhluk tidak nampak ikhlas,
tetapi pada Allah,
Seorang hambanya yg melakukan sesuatu dgn ikhlas,...
aura & cahaya ikhlasnya jelas terpancar sehingga ke sidratul muntaha,
Lantas dinilai oleh Allah s.w.t,
Maka hambanya itu akan diberi pahala olehNya & akan dimasukkan ke dalam syurga.

Wahai kawan2ku,
Bagi orang yang berhati nurani bersih,
Daknya dpt detect (mengikut tahap manusia) orang yang buat sesuatu dengan ikhlas or sik,
Nampak pada wajah, nampak dari kelakuan & pertuturannya,
Jadi, jangan sampai kita salah seorang yang di scan/ di detect sebagai orang yang sik ikhlas,
Orang yg kasyaf & orang yg diberik nur tok,..
sikkan madah dengan kita yg kita tok sik ikhlas,
diam2 jaknya, tapi diam2 nya ada perancangan, diam2 ubi org madah,
mun kita tauk, malu kedirik kita.
Oleh itu, minta maaflah dengan Tuhan,
Mohon ampunan dari-Nya,
Insaf & bertaubatlah, Semoga Allah menjadikan kita dikalangan orang yang mukhlisin.

Amiiin....



0 comments: