Wednesday, May 20, 2009

Berzikir Tapi Hati Tak Tenang, apa cerita...

Salam kepada semua...

Mungkin kita pernah merasa, makin berzikir makin tak tenang, makin bercelaru. Sedangkan Allah berjanji di dalam al-Quran bahawasanya, barangsiapa yg mengingatiku, akan diberikan ketenangan. Tetapi mengapa mengapa kita rasa tak tenang2 jugak...

Once kita putus asa, kemudian kita berhenti dari amalan zikir. Kita beranggapan bahawa amalan kita itu sia2, apa yg dicari2 tak dapat2. Tetapi bagi saya yg tidak berapa arif ini, anda akan menemukan jawapannya bila anda berhenti berzikir, lantas memulakan balik amalan zikrullah anda. Mengapa boleh jadi begitu?...

Apabila anda berhenti berzikir, masalah menjadi semakin meruncing. Anda akan merasa ada beberapa musibah yg jarang / tak pernah berlaku pada anda, sekarang berlaku pada anda. Sebenarnya tuan2 & puan2, adik kakak abg sekelian, nikmat & ketenangan yg kita terima tak semestinya yg dapat kita lihat & boleh kita perasan. Sebenarnya banyak nikmat yg kita terima dari Allah yg kita tak perasan & kita tak sedar, natijah dari kita berzikir pada Allah s.w.t. Yang menjadikan kita merasa tidak tenang ialah bila kita berzikir, skop ketenangan, kebahagiaan & nikmat yg bermain di minda kita terlalu kecil. Contohnya, duit, dapat kawan, dapat perempuan yg cantik & solehah utk dijadikan isteri,... yg mantak2 kedak ya. Bila kita tak dapat, kita kufur.

Sebenarnya, skop nikmat & tenang yg Allah beri pada kita tersangat luas yg tak kadang2 tak mampu utk kita sebagai manusia biasa nak fikirkan. Kita koreksi balik / kita imbas semula apa yg kita telah alami semasa kita aktif berzikir. Kemudian kita bandingkan dengan apa yg kita alami semasa kurang berzikir. Pasti ada perbezaan.

Ada banyak musibah yg sepatutnya kita terima tetapi Allah hindarkan. Tetapi kita tak sedar. Semasa berzikir,kita nak dapatkan kawan2 contohnya, tetapi Allah kurangkan kawan2 kita, kita kecewa. Tetapi bila kita kurang berzikir, Allah beri banyak kawan, tetapi kawan makan kawan, bergaduh & bertelingkah sesama sendiri, timbul pulak dalam hati kita bahawa lebih baik jgn berkawan dengan mereka. Baru kita sedar bahwa dengan amalan zikir tersebut, Allah ketepikan kawan2 yg tak baik untuk kita, dan Allah mahu beri kawan2 yg baik2 dgn kita, tetapi kita hanya perlu bersabar.

Contoh lain, semasa kita aktif berzikir, pada tempoh tersebut kita dapat kerja atau kereta atau yg seumpamanya, tapi kita terlupa bahawa itu adalah hadiah dari Allah. Tetapi kita terus berzikir tanpa mensyukuri pemberian Allah. Kita tak terfikir bahawa itu adalah sebahgian bentuk ketenangan yg Allah beri pada kita natijah dari amalan zikir. Walaupun kita terus menerus berzikir, tetapi tanpa bersyukur dgn nikmat pemberian Allah, Allah boleh tarik balik nikmat bila2. Allah suka kepada hamba2nya yg bersyukur, maksudnya Allah tidak suka kepada hamba2nya yg tidak bersyukur, atau kufur. Sebab itu kita merasa makin berzikir makin rasa tidak tenang. Kita memuji Allah, tetapi kita tidak berterima kasih dgn Allah. Allah lebih suka bila kita menyedari pemberianNya & berterima kasih dengannya.

Jika kita beramal krn nikmatNya, itu salah. Beramallah kerana Allah s.w.t itu sendiri. Jangan beramal kerana untuk mendapatkan nikmat. Allah lebih suka orang yg beramal / berzikir krnNya, tiada kerana yg lain. Jika kita beramal untuk nikmat, samalah seperti kita membodek bos, memuji / buat baik bukan kerana bos itu baik/bagus, tetapi krn ganjaran dari bos. Ada udang disebalik batu. Sebab tu lah kita rasa kecewa bila asyik berzikir, krn niat kita kerana nak dapat nikmat. Bila Allah tak beri beri, kita merajuk. Maksudnya kita beramal tak ikhlas. Sebab itulah kita selalu kecewa. Nikmat itu hak Allah, bukan milik kita. Allah boleh beri, Allah boleh tak beri. Kita kan hambaNya, kalau diikutkan, mana layak kita mintak itu minta ini dari Allah, tetapi kerana keRahiman Allah, Allah suka pada hamba2Nya yg selalu meminta2 dengannya, melambangkan satu pengabdian yg tinggi kepada Nya. Tetapi nikmat itu tetap milik Allah, Allah boleh buat apa yg Dia suka, itu adalah pasti. Tetapi dengan kasih sayang & Maha pemurahnya Allah, dia tetap akan beri apa yg kita inginkan kalau itu yg terbaik untuk kita. Allah lebih sayang kepada hambaNya melebihi seorang ibu menyayangi anaknya.

Wallahu a'lam bissawab.

0 comments: