Friday, May 15, 2009

Jom Nikah...

Bismillah...
Kmk nyeru kepada semua golongan belia khususnya yang sudah menjejakkan kaki di alam ipt, agar berazam untuk bernikah ketika umur 23 - 25 tahun. Jangan kedak kmk dah terlajak 27 tahun pun masih bujang (atas sebab2 tertentu)

Wahai adik2 & kawan2 sekalian, sesungguhnya banyak kelebihan & manfaat yang kita dapat bila bernikah, lebih-lebih lagi nikah muda.

Secara teorinya:

1. Kualiti diri meningkat.
2. Fikiran lebih matang.
3. Lebih bijak dalam pengurusan kewangan
4. Lebih pandai mengendali insan seperti isteri, keluarga belah isteri & keluarga sendiri
5. Tidak manja, tidak bergantung harap pada orang lain
6. Lebih berdikari
7. Lebih bijak & berani membuat keputusan
8. Sudut pandang dalam semua hal berubah, lebih luas & matang
9. Lebih berjiwa pemimpin
10. Lebih tahan menerima ujian
11. Lebih berani berhadapan dengan risiko
12. Fikiran lebih cepat
13. Lebih pandai berhadapan & mengendali masyarakat

dan lain2.

Apa yang terjadi dlm masyarakat kita ialah, keluarga yang tidak berilmu. Makbapak tidak memberi ilmu kepada anak-anaknya tentang kahwin. Tak mahu bercakap & berbincang secara ilmiah dengan anak-anaknya pasal kahwin. Padahal berkahwin adalah suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan insan. Yang memerlukan persedian yang rapi.

Bila berlaku tiada diskusi ilmu pasal kahwin, jadi anak2 tak terfikir nak berkahwin, jauh sekali nak berkahwin. Mereka hanya berfikir pasal, belajar tinggi2, degree master phd, kerja, kerja, kerja, dapat duit banyak, ada kereta, naik pangkat, settle hutang... kemudian baru kahwin, baru cakap pasal kahwin. Masih jauh perjalanan, yalah, nak berik pengetahuan,pemahaman & penghayatan tentang nikah bukannya sekejap. Mengambil masa yang lama. Ditambah lagi dengan bebenda nak digago sebelum nikah tek, lagilah lama ceritonyo... Sedangkan sampai bila2 pun duit tak pernah banyak, sampai bila2 pun hutang tak pernah habis, gali lubang tutup lubang. Sampai bila2 pun belajar sik akan abis. jadi akibatnya....

Anak kahwin lewat & susah nak kahwin. Berlaku zina. anak2 buat aktiviti tangan. Anak2 gian tgk cerita & video lucah...dah buat zina mata. Mata dah kena virus. Mulalah telan air liur berfikir teknik2 'bercinta' sorang2 mengelamun atas katil, dah zina minda. Akal dah kena virus. Dah berlakulah seterusnya yang sik perlu kmk nyatakan disitok. Pendek cerita semua yang sik berfaedah, membuang masa & sia2. Kesian nangga daknya sbb hanya mampu berhalusinasi jak. Gulin jak jadi mangsa.

Ya baruk cerita munnya sorang2,mun nya ada kawan perempuan or gerek? Lagi teruk jadinya. Apatah lagi munnya hensem,besarlah peluangnya nak bercumbu, berpegang2 & berzina. Apatah lagi munnya berduit & bekerja, lagi besarlah peluangnya molah bebenda ya. Mun nya banyak kawan perempuan? mun banyak yang menaruh hati dengannya? Munnya berkereta? Kereta jadi bilitnya. ditambah lagi cermin kereta ber tinted. Siang malam 'operasi' jalan. Mun kereta nak sik bertinted, malam daknya molah operasi.

Bagi yang belom bekerja or blum berduit lagi teruk, konflik bertimpak konflik. Nak nikah sikda duit, tapi nafsu makin membuak2. nangga perempuan, nak alah tegak jak. Nangga body ompuan, berderau darahnya. Silap2, berlaku perkara yg sik diingini. Orang kedak tok lagi kesian kt nangga. Siang malam main dengan tangan, almost i think. Layan sorang dirik jak, syok sendirik. Apa, makbapak sik ada timbul rasa bersalah kah bila bebenda tok berlaku pada anaknya?

Dipendekkan cerita, bergelumanglah nya dengan dosa. Siang & malam. Dosa mata, fikiran & hati, setiap hari. Rosak semuanya. Semakin hitamlah hatinya denga titik dosa & noda. Jiwa semakin hari makin gelisah, terutama mereka yang tahu dosa pahala.

Akhir sekali, kepada mereka yang bergelar ibu & ayah. Jadilah ibuayah yang bertanggung jwb & prihatin. Jangan hanya pandai berik makan pake ngisik perut, turun balit sekolah, nyedia t.v & katil dirumah, etc,... tapi yang dituntut benar2 dalam Islam ialah, yang dimaok benar2 oleh Allah s.w.t & rasulNya ialah, didikan jiwa. Didikan ruh. tapu iman dalam hati daknya. Tapuk ilmu2 yang bermanfaat dalam palak daknya, lebih2 lagi ilmu akhirat. Bukan dak AF7 dsb. Dak AF7 ya macam resmi taik bah, nyaman bila kita berak, dah taik ya keluar, kita buang. Sikkan kita pake gik taik ya. Sampai bila2 pun kita sik pake lagi taik ya. Sampe mati. tapi iman, taqwa, ilmu yang bermanfaat,...diembak kita sampe mati. No expiry date. Tapi nokyalah yang ditolak oleh mak mak bapak bapak kita di sitok. Nak taik2 ya disapik ke mulut anak2nya.

Jangan rasa sia2 berbincang dengan anak pasal nikah, nikah ya bukan maknanya seks. Walaupun seks ya sebahagian dari nikah ya. Matlamat kita nak selamatkan anak kita dari dosa & noda yang akan membawanya ke neraka. Kita maok anak kita ke neraka kah? Kakya narit kita ke neraka sekali, berkuak lentang dalam sungai darah, nanah & mendidih ya, macam ya? Bila anak2 dah masuk ke alam ipt, berbincanglah dengan mereka pasal nikah. Mungkin 2 semester yang pertama kita cakap dengannya pasal nikah, kemudian 2 sem yg seterusnya kita cakap dengnnya kebaikan nikah, dan bla bla bla.. & di akhir2 semesternya kelak, kita bincang dengan lebih serius dgn mereka pasal berkahwin,...jika begini caranya, insya-Allah, paling2 lama pun, 2 tahun ketika dia di alam pekerjaan pun dia dah berumahtangga.

Sikda duit, boleh dicarik. Sikda kerja, boleh carik kerja... tapi bila dah berzina & segala aktiviti yg hampir kpd zina, akibatnya lebih berbahaya. Menjerumuskan pelakunya ke dalam api neraka, na'uzubillahi min zalik. Maruh tercemar. Berketurunan keturunan tauk cerita jelek tok. Memberi kesan negatif kpd jiwa pelakunya, keluarga & generasinya.


Bingkisan firman Allah & sabda Nabi Muhammad s.a.w untuk tatapan & peringatan:

Firman Allah bermaksud: “Dan berikanlah kepada perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian wajib.” (Surah an-Nisa’, ayat 4)

Allah berfirman lagi bermaksud: “Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina.” (Surah an-Nisa’, ayat 24)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (Hadis riwayat Bukhari)

Menurut Ibn 'Abbas dan Mujahid, qintor bersamaan 70 mithqal, kata Abu Said emas sepenuh belulang lembu. Namun, disunatkan kita tidak berlebihan dalam memberikan hantaran menurut dalil di bawah:

Daripada 'Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah (rendah) maharnya.” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy)

Daripada 'Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Setengah daripada keberkatan wanita ialah mudah peminangannya dan mudah maharnya.” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy)

Abu Hurairah berkata, “Adalah sodaq kami ketika zaman Rasulullah ada bersama kami 10 waqyah.” (1 waqyah bersamaan 40 dirham)

Saidina Umar berkata: “Awas! Janganlah kamu melampau dalam memberi mas kahwin kepada wanita kerana sesungguhnya jika wanita itu seorang yang mulia di dunia atau seorang yang bertakwa di sisi Allah, nescaya Rasulullah SAW orang yang paling utama berbanding kamu dalam memberi mas kahwin yang banyak. Padahal aku tidak pernah mengetahui Rasulullah SAW berkahwin dengan mana-mana isterinya atau mengahwinkan mana-mana puterinya dengan mas kahwin lebih daripada 12 waqyah.” (Hadis riwayat Al-Tirmizi )

Mengenai kadar melampau batas, menurut Ibn Qudamah (Mazhab Hambali), tidak digalakkan lebih daripada 500 dirham, iaitu kadar mahar isteri Rasulullah SAW, begitu juga pendapat ulama Mazhab Syafie, Maliki, had melampau ialah kadar melebihi kebiasaan orang ramai.

Hikmat mengelakkan daripada berlebih dalam membayar mahar adalah untuk memudahkan pemuda berkahwin supaya tidak terpesong kepada perkara yang tidak diingini seperti zina dan perkara yang membawa kepada buruk akhlak.

Saidina Umar berkata dalam khutbahnya: “Sesungguhnya lelaki yang berlebih dalam memberi mahar perempuannya sehingga menjadikan perempuan itu permusuhan dalam diri lelaki itu.” (Hadis riwayat an-Nasaie)

0 comments: