Salam kepada semua...
Pendek cerita, bila kita banyak buat dosa kecil, akan menghalang nikmat yg sepatutnya kita dapat. Dosa yg kecil2, jika selalu dibuat akan jadi besar. Bila jadi besar, makin besarlah musibah yg kita akan terima.
Jika anda pernah belajar ilmu dalam/kebatinan/aura.. amalan dosa boleh memecah / mengoyak aura yg positif pada tubuh kita. Bila aura positif; seperti aura perlindungan, aura karisma, aura wibawa & aura pengasihan, terkoyak... maka akan berkuranglah / hilanglah semuanya. Lantas, aura yg negatif akan take over. Jika kita mahu menampung balik, kena banyak amalan mulia yg mendatangkan pahala.
Maka, bermujahadahlah mengelak diri kita dari melakukan perkara dosa supaya aura/power kita tidak menyusut tetapi terus bertambah dgn banyak berzikir, menjaga solat, bersedekah dsb. Nak jadi seorang yg power, kena banyak beramal. Kalau nak jadi Superpower, kena tingkatkan amalan akhirat.
Sebaiknya, beramallah kerana Allah. Jika kita ikhlas, Allah boleh jadikan kita Super Ultra Power atau lebih tanpa kita menginginkannya. Tetapi bila kita menyedari pemberianNya, jangan lupa untuk bersyukur padaNya.
Wallahu a'lam bissawab.
Wednesday, May 20, 2009
Amalan Dosa Menghijab Nikmat
Posted by The Almighty's Proxy at 8:28 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment