Monday, July 13, 2009

There's Never Late For Goodness

Ya Empunya Diri, awak belajar ker, awak tak belajar ker, sebenarnya tak siapa yang peduli kecuali ibubapa / pembiaya kau. Kalau kau berjaya, mereka tumpang gembira. Kalau engkau gagal dalam hidup, mereka tak akan buat apa-apa, hanya beri sepatah dua kata kemudian pergi. Belajarlah ilmu agama kerana untuk membetulkan dirimu. Belajarlah ilmu agama untuk memperbaiki diri sendiri. Ambillah masa 5 tahun untuk engkau membetulkan diri.

Percayalah, engkau tak kan kemana-mana selagi engkau tidak mahu membetulkan / memperbaiki diri sendiri. Engkau akan tetap dipandang rendah & hina seumur hidup kau. Kejayaan, kebahagiaan & kesenangan yang dicari-cari tidak juga kunjung tiba. Ibarat fatamorgana, dilihat ada, ditangkap hilang. Selagi mana engkau tidak mengislahkan diri engkau, selagi itu engkau hidup dalam kekaburan & kegagalan.

Maka, bertindakla mulai sekarang! Jangan toleh belakang. Kerana engkau memang di landasan yang haq. Lihatlah ke hadapan & terus maju. Jangan sesekali toleh ke belakang kerana syaitan sentiasa melambai & memanggil kau dari belakang. Tali & umpannya (umur mu, kehendak mu & pencapaian kawan-kawan mu) cukup kuat menarikmu kembali. Terus maju kehadapan menuju ke destinasi, lihatlah destinasi yang dituju. Fokus kepada destinasi. Gapailah & tangkaplah ia dengan apa cara sekalipun.

Jadilah seorang da'ie. Kekuatan & kebolehanmu disitu. Kekuatan & kebolehan yang sangat menyerlah yang diperakui oleh ramai pemerhati. Hanya saja kau tidak berada di landasan yang sepatutnya kau berada. Yakinlah, jika engkau berada di landasan yang sebenar, pasti engkau menyerlah jauh dari yang biasa. Bahkan mungkin luarbiasa. Jangan merasa rugi & menyesal dengan perpindahan ini, kerana selagi engkau tidak berada di landasan yang betul, potensimu & kekuatanmu akan terkubur begitu sahaja, tidak digunakan dengan sebaik & sepenuhnya.

Engkau hanya perlu berkorban selama 5 tahun / kurang dari itu untuk menjadi Perwira agama & bangsa. Dengan kelebihan yang ada pada dirimu, sebenarnya engkau boleh pergi lebih jauh dari sekarang. Berkorbanlah sedikit masa, wang & kehendak hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja, engkau akan lihat keberhasilannya.

0 comments: