Monday, July 13, 2009

Hidup Bermatlamat Akhirat

Hidup hanya sekali. Matlamat hidup kita adalah akhirat. Kita hidup untuk akhirat. Jangan hidup untuk dunia.

Jika kau hidup untuk dunia, serba serbi kau rasa tak cukup, masa sentiasa tidak cukup untukmu, terlalu banyak estimate dalam semua perkara. Engkau akan rasa resah & gelisah. Buntu. Engkau bingung untuk perkara dunia; tidak berkereta, tidak berumah, tidak beristeri & bersuami, tiada kerja tetap dsb... adalah perkara yang sia-sia. Satu sen pahala & duit pun kau tak dapat. Semakin kau fikir, semakin kau bingung. Bukankah ini menyusahkan?..

Kesempatan kita hidup dunia sangat sementara, gunakan sepenuhnya untuk mendapat ganjaran & habuan di akhirat. Jangan rasa rugi dalam berbuat amal ibadat, semuanya memang dinilai oleh Allah s.w.t. Maka, sangat beruntunglah orang yang hidup di dunia bermatlamat akhirat.. sebab, apa sahaja boleh baginya. Tiada yang mustahil. Tiada susah & rumit baginya, kerana rumit di dunia terlalu kecil & sedikit berbanding di akhirat.

There's Never Late For Goodness

Ya Empunya Diri, awak belajar ker, awak tak belajar ker, sebenarnya tak siapa yang peduli kecuali ibubapa / pembiaya kau. Kalau kau berjaya, mereka tumpang gembira. Kalau engkau gagal dalam hidup, mereka tak akan buat apa-apa, hanya beri sepatah dua kata kemudian pergi. Belajarlah ilmu agama kerana untuk membetulkan dirimu. Belajarlah ilmu agama untuk memperbaiki diri sendiri. Ambillah masa 5 tahun untuk engkau membetulkan diri.

Percayalah, engkau tak kan kemana-mana selagi engkau tidak mahu membetulkan / memperbaiki diri sendiri. Engkau akan tetap dipandang rendah & hina seumur hidup kau. Kejayaan, kebahagiaan & kesenangan yang dicari-cari tidak juga kunjung tiba. Ibarat fatamorgana, dilihat ada, ditangkap hilang. Selagi mana engkau tidak mengislahkan diri engkau, selagi itu engkau hidup dalam kekaburan & kegagalan.

Maka, bertindakla mulai sekarang! Jangan toleh belakang. Kerana engkau memang di landasan yang haq. Lihatlah ke hadapan & terus maju. Jangan sesekali toleh ke belakang kerana syaitan sentiasa melambai & memanggil kau dari belakang. Tali & umpannya (umur mu, kehendak mu & pencapaian kawan-kawan mu) cukup kuat menarikmu kembali. Terus maju kehadapan menuju ke destinasi, lihatlah destinasi yang dituju. Fokus kepada destinasi. Gapailah & tangkaplah ia dengan apa cara sekalipun.

Jadilah seorang da'ie. Kekuatan & kebolehanmu disitu. Kekuatan & kebolehan yang sangat menyerlah yang diperakui oleh ramai pemerhati. Hanya saja kau tidak berada di landasan yang sepatutnya kau berada. Yakinlah, jika engkau berada di landasan yang sebenar, pasti engkau menyerlah jauh dari yang biasa. Bahkan mungkin luarbiasa. Jangan merasa rugi & menyesal dengan perpindahan ini, kerana selagi engkau tidak berada di landasan yang betul, potensimu & kekuatanmu akan terkubur begitu sahaja, tidak digunakan dengan sebaik & sepenuhnya.

Engkau hanya perlu berkorban selama 5 tahun / kurang dari itu untuk menjadi Perwira agama & bangsa. Dengan kelebihan yang ada pada dirimu, sebenarnya engkau boleh pergi lebih jauh dari sekarang. Berkorbanlah sedikit masa, wang & kehendak hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja, engkau akan lihat keberhasilannya.

Sunday, July 12, 2009

Setiap Apa Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya

Pengalaman banyak mengajarku erti kehidupan. Selagi kita hidup di dunia ini, tiada satu pun yang pasti, melainkan mati. Kesilapan pasti terdapat dimana-mana.

Tuesday, June 16, 2009

Jom berpuasa sunat...

Aslmkm wbt kepada semua...

Berpuasa sunat banyak kelebihannya. Antaranya kita menundukkan nafsu dalam diri kita. Setiap orang ada nafsu yang kekadang tidak terkawal yang akhirnya menyusahkan empunya badan di dunia & akhirat.

FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN

1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

2. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

3. Puasa pada bulan Muharram

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4. Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5. Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6. Puasa bulan Sya'aban

Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)

Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7. Puasa pada hari Isnin dan Khamis

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat

Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)

Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9. Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)

Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10. Puasa tiga hari pada setiap bulan

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."

Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.

Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11. Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)

Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERINGATAN

1. Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:

  • TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)

  • 10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH

  • HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)

  • SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA

  • PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)

2. JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:

  • PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN

  • PUASA ORANG YANG SANGAT TUA

  • PUASA WANITA YANG HAMIL

  • PUASA ORANG YANG MUSAFIR

  • PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI

  • PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)

  • PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)

  • PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA

  • PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)

3. ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

4. NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)

Monday, May 25, 2009

makin tolak maksiat, makin banyak nikmat

Salam kpd semua,

Semakin kita beramal, makin banyak maksiat yang datang, makin banyak peluang & ruang untuk bermaksiat, itu adalah lumrah. Iblis & syaitan sangat tidak suka hamba2Nya taat kepadaNya & dia telah berjanji akan menyesatkan anak cucu Adam sampai ke hari kiamat. Adalakalanya ujian yang mendatang datang dari Allah s.w.t yang bertindak sebagai ujian kepada hambaNya.

Kebanyakan kita pernah melalui situasi sebegitu, semakin kita beramal, berzikir, beribadah.. semakin banyak rezeki yang berbentuk maksiat yang datang. Kebanyakan manusia akan kecundang. Maka berhati2lah wahai para pengamal ibadah. Godaan iblis & syaitan itu sangat kuat, sangat licik & sangat halus. Ditiupnya bara nafsu kita sehingga nafsu kita membara. Jika iman kita lemah, kita akan akur & rebah. Mengikut petunjuk nafsu yang membawa kepada kejahatan.

Tetapi, bagi orang2 yang beriman, inilah peluang untuk mendapat pahala besar dari Tuhan. Inilah peluang untuk mengumpul sebanyak2nya rezeki dari Tuhan. Kerana semakin kita menolak maksiat, maka semakin banyaklah rezeki yang datang. Tetapi kena ingat, tahap maksiat & rezeki yang datang yang ditolak akan sentiasa meningkat kualitinya, maka mesti perlu lebih berhati2 dari sebelumnya.

Perkara2 yang membawa kepada dosa terlalu banyak, spt berdua2an dengan perempuan yang bukan muhrim, menonton adegan lucah, bertelingkah dengan kawan, berkrisis, duit haram & syubhat yang banyak di depan mata, dll. Sebagai contoh, Ahmat (nama org) adalah orang biasa. Seminggu dua dia berubah jadi pengamal zikir, tak lama selepas itu berkenalan dengan perempuan, kemudian selalu bercakap di telefon malam2, Ahmat meneruskan aktiviti zikirnya, mulai bercakap yang bukan2 di telefon, Ahmat meneruskan rutinnya pada hari2nya. Kemudian di rumah sudah ada internet, macam2 peluang dapat seperti berbisnes, berkenalan, mengetahui segala berita mutakhir & 'macam2 lagi'. Ahmat tetap meneruskan rutinnya. Kemudian berjanji keluar sama dengan perempuan itu, tak lama selepas itu gaji masuk. Dengan duit itu, dapat bayar hutang & membeli segala keperluan yang lain termasuk accessories kereta. Jadi kereta pun nampak lawa. Beberapa hari selepas itu, bawa perempuan ke tempat gelap. kemudian berlakulah sesuatu yang tidak diingini. Kemudian timbul rasa menyesal. Rasa berdosa. Di hari2 yg seterusnya, rezeki terasa sempit, krisis di pejabat & rumah menjadi2, kemalangan minor kerap terjadi, gaji tak masuk dah 2 bulan & sebagainya. Pahala & rezeki yag dahulunya plus plus plus...sekarang jadi zero..silap2 minus. Perlu ditampung dengan banyak amalan... supaya meningkat kembali.

Dari cerpen tersebut, tuan puan sudah serba sedikit memahami maksud saya. Semakin kita beramal, maka semakin banyaklah peluang & ruang untuk bermasiat. Tetapi semakin kita menolak maksiat, maka semakin banyaklah rezeki yang datang kepada kita, tetapi kena ingat rezeki yang berbentuk maksiat pun semakin besar peluang, ruang & kualitinya, silap2 makdatin yang muda datang jemput ambik dari rumah untuk bermaksiat. Nauzubillahi min zalik. Semakin kita tolak, makin besarlah nikmat & rezeki yang datang.

Jadi kesimpulannya ialah, jika mahukan rezeki kita semakin banyak & semakin berkualiti, tolaklah segala maksiat yang datang kepada kita. Agar rezeki tersebut juga datang berterusan, tidak putus2. Amin ya rabbal alamin.

Thursday, May 21, 2009

Sajak 1: Kagumilah Penciptanya



Engkau terpesona dengan keindahan bunga,
Engkau ucapkan dengan bahasa yang indah,
Rupanya mata kepala engkau celik,
mata hati engkau buta,
Engkau tidak terpesona dengan Sang Penciptanya,
Bunga engkau sebut tapi Tuhan engkau tidak menyebutnya.
Engkau terpesona dan kagum dengan wanita cantik
Engkau jatuh hati dengannya, Engkau gambarkan dengan bahasa yang indah,
Tapi engkau lupa dengan Penciptanya,
Yang patut engkau jatuh hati dengan- Nya.
Engkau rasa hebat dengan dunia, laut, gaung,
Engkau gambarkan dengan bahasa-bahasa yang menarik dan indah,
Tapi engkau lupa itu tanda kebesaran Tuhan yang menciptanya,
Yang sepatutnya engkau gerun dan tersembam menyembah-Nya.
Engkau mabuk memuji ciptaan-Nya kerana hati engkau sudah buta.
Mata kepala engkau sahaja yang berfungsi, mata hati sudah tidak lagi.
Janganlah engkau menjadi penyair yang dimabukkan oleh mata,
tapi tidak dimabukkan oleh hati.
Mengapa engkau butakan mata hati?
Dan engkau celikkan mata kepala?
Mata kepala kelak akan menjadi bangkai atau tanah.
Yang akan berhadapan dengan Tuhan, hati dan roh yang kekal abadi.

Apakah Engkau Benar-Benar Kenal Nabimu?



Apakah engkau benar-benar kenal Nabimu?
Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani,
maknawi dan rohaninya
Atau engkau hanya kenal secara lahir sahaja,
tidak lebih dari itu?
Atau engkau kenal secara rambang sahaja?
Sebenarnya kalau engkau kenallah secara lahir dan batin,
jasmani, rohaniahnya peribadi Nabimu,
pasti engkau jatuh hati kepadanya
Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya
Melalui selawat dan ingatan terhadapnya
Engkau akan terasa terhutang budi kepadanya
Kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia
Muhammad SAW, Nabimu
Dia seorang manusia istimewa, luar biasa yang tiada taranya
Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala.

Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas
agar engkau kenal Nabimu sendiri
Siapa dia yang sebenarnya?

Dia adalah Muhammad anak Abdullah, ibunya Aminah
Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim
Dia adalah anak yatim piatu
Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja
dengan ibu bapanya seperti orang lain
Dia lahir daripada keluarga yang miskin dan dipelihara pula
oleh keluarga yang miskin
Dia adalah makhluk yang pertama dan utama
yang paling dicintai oleh Tuhan
Iaitu yang diberi nama Nur Muhammad
Dari Nur Muhammad seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan
Syurga, Neraka, dunia, Akhirat, para malaikat, Arasy,
Kursy, Sirat, manusia, jin, haiwan, jamadat dan lain-lainnya
Ertinya kalau bukan kerana Nabi Muhammad SAW,
yang lainnya tidak akan diwujudkan
Kalau begitu, rupanya Nabi kita membawa rahmat zahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan
Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh,
yang akhir nisbah jasad di kalangan para nabi

Dia adalah satu-satunya nabi yang diisrak dan dimikrajkan
Mukanya laksana bulan purnama kerana cahayanya
yang terang
Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut
dengan Tuhan
Kerana itulah dipanggil Habibullah oleh Allah
Ketua seluruh para rasul dan para anbiya
Penghulu seluruh orang yang bertaqwa
Imam seluruh manusia
Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup
seluruh syariat
Orang yang memberi syafaatulkubra di Akhirat
dan orang yang pertama masuk Syurga
Al Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap
Merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung
Tiada siapa yang dapat menirunya

Dia memiliki ilmu dunia dan Akhirat
Sekalipun dia tidak boleh menulis dan membaca
Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia
yang tiada taranya
Bahkan lebih mulia dari para malaikat
Terutamanya kasih sayangnya kepada manusia begitu terserlah
Tawadhuknya atau merendah diri, pakaian peribadinya
Kerana itulah dia sanggup duduk, makan, minum,
tidur, baring dengan fakir miskin
Menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah
Tiada seorang pun melihat mukanya
melainkan jatuh cinta kepadanya
Bahkan macam orang mabuk tidak boleh melupakannya

Sangat kasih dan simpati dengan fakir miskin,
anak-anak yatim dan janda-janda
Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat lajunya
Orang yang bergaul dengannya macam-macam dapat dirasa
Adakalanya laksana ibu dan ayah
Adakalanya macam kawan yang membela dan setia
Adakalanya dirasakan guru
Adakalanya bagaikan pemimpin
Adakalanya bagaikan ketua tentera
Setiap orang yang semajlis dengannya
merasakan dapat layanan yang memuaskan darinya

Kerana akhlaknya yang tinggi dia dapat pujian
daripada Tuhannya
Keberaniannya luar biasa
Dia boleh lalu seorang diri di hadapan musuh-musuhnya
Tidak sedikit pun takut dengan raja-raja
Setiap orang yang meminta tidak pernah dikecewakan
Sekalipun terpaksa berhutang dengan manusia
Ibadahnya banyak terutama sembahyang
hingga bengkak-bengkak kakinya
kerana terlalu lama berdiri di hadapan Tuhannya

Tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya
dengan kejahatan
Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf
kepada sesiapa sahaja
Dia membalas kejahatan orang dengan kebaikan
Satu perbuatan yang luar biasa
Tidak pernah menghina, mencaci
dan merendah-rendahkan orang lain
Sangat pemalu dan merendah diri
Sangat menerima keuzuran orang
Sangat tahan menerima ujian yang berbagai-bagai keadaan
dan bermacam-macam bentuknya
Kerana itulah dia dapat menjadi Ketua Ulul Azmi
daripada keseluruhan para rasul alaihimussolatuwassalam
Dia suka seseorang kerana Allah dan murka juga kerana Allah
Hatinya begitu juga, matanya sahaja yang tidur
tetapi hatinya tidak tidur
Kerana itulah dia tidur tidak membatalkan wuduknya

Di dalam hidupnya 74 kali berlaku peperangan
27 kali dia ikut sama atau ikut serta tapi pelik,
tidak pernah dia membunuh musuh-musuhnya
walaupun seorang
Anak-anak didikannya itulah dia para Sahabat hingga
dia berkata:
"Sahabat-Sahabatku laksana bintang-bintang di langit,
yang mana satu yang kamu ikut, kamu akan dapat petunjuk."
"Para ulama umatku laksana para-para nabi Bani Israil."
julukan ini tidak didapati oleh umat-umat nabi sebelumnya
Kerana menegakkan kebenaran, pernah dilemparkan
dengan najis, dibaling dengan batu hingga berdarah,
dibuang daerah selama 3 tahun, dikepung,
hendak dibunuh, berhijrah meninggalkan tanah air
dan mendapat berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan

Kemuliaannya di sisi Allah Taala begitu ketara dan terserlah
Iaitu namanya dikampilkan dengan nama Tuhannya
Iaitu di dalam dua kalimah syahadah
Bahkan tidak sah Islam seseorang kalau tidak
diucapkan namanya bersama dengan nama Tuhannya
Doa yang hendak dikabulkan,
awal akhir kenalah menyebut namanya
Doanya sangat kabul, bahkan siapa yang berdoa
bertawasul dengannya lebih diterima doanya
Siapa yang banyak berselawat dengannya
diberi syafaat di Akhirat
Siapa yang selalu menyebut namanya
diturunkan rahmat dan berkat
Mukjizat-mukjizatnya yang terlalu banyak
menunjukkan kebenarannya
Tertulis di belikatnya khatamun nubuwwah
Peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi daripada kasturi
Orang tidak dapat menentang matanya
kerana kehebatannya yang amat terserlah di wajahnya
Terutama musuh-musuhnya, pasti menundukkan pandangannya
bila bertembung dengan pandangannya

Banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka
oleh Allah Taala kepadanya
Sehinggakan sebahagian perkara-perkara yang belum terjadi
seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakan
Terlalu kuat tawakalnya kepada Allah Taala
Hinggakan makanan yang berlebih tidak disimpan
di malamnya
Bahkan diberi kepada yang berhak
Apabila dia buang air, tidak ada kesannya
selepas membuangnya
Lalat tidak pernah hinggap pada badannya
Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya
Tidak pernah makan seorang diri melainkan berkawan
Tidak pernah mencerca makanan
Kalau dia tidak suka, dia tidak makan makanan itu

Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya
Terlalu menjaga hak-hak jirannya sekalipun orang kafir
Terlalu mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri
Tidak pernah melaknat sekalipun binatang
Apa yang diperkatakannya ibarat mutiara
Kerana itulah sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya
Didikan dan pimpinannya sangat berjaya
Di antara kesan didikan dan pimpinannya
yang telah berlaku dan telah dicatat dalam sejarah
Dapat melahirkan manusia yang sangat mencintai
dan menakuti Allah Taala
Bahkan Tuhan menjadi idola mereka

Dapat menyatupadukan manusia yang berbagai-bagai etnik,
puak, kaum, bangsa dan yang berlainan warna kulit,
bahasa dan budaya
Bahkan dapat menanamkan kasih sayang satu sama lain
di kalangan manusia
Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh
kepada syariat Tuhannya
Berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya
Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan dosa
Berjaya menjadikan setiap orang rasa berpuas hati
naungan pimpinannya sekalipun yang bukan Islam
Mereka merasakan dia adalah pelindung dan penyelamat
kepada seluruh manusia sekalipun binatang

Itulah dia Nabi Muhammad Rasulullah SAW
Itulah dia Nabi kita, manusia yang luar biasa, yang istimewa
yang kejadian dan akhlaknya paling sempurna,
tidak ada tandingannya
Baru sedikit sahaja kita menceritakan tentangnya,
sudah mengkagumkan kita
Apakah peribadi yang semacam ini
kita tidak jatuh hati kepadanya?
Apakah manusia ini kita boleh melupakan begitu sahaja?
Apakah kita tidak terasa, dia adalah manusia
yang terlalu berjasa kepada seluruh manusia?

Apakah kita tidak terasa terhutang budi kepadanya?
Bahkan patut bersyukur kepadanya sepanjang masa
Bolehkah kita samakan dia dengan pemimpin-pemimpin
yang lain di dunia?
Jauh panggang dari api, macam langit dengan bumi
Lantaran itulah, orang yang benar-benar kenal Nabinya
bersama Tuhannya, sanggup mati kerananya
Patut sangatlah dia menjadi idola dan ikutan kita
Agar kita menjadi satu bangsa yang bertuhan,
merdeka, bersatu, berakhlak mulia, bertamadun,
berkasih sayang, bertolong bantu, berharmoni, bermaruah,
bersih dari noda dan dosa
Allah dan Akhirat menjadi matlamat hidup kita